Hah ! Dalam entri Cindy yang bertajuk "Korea ... Oh ... Korea" itu , Lea ada terangkan fasal Hello Kitty Cafe bukan ? Inilah dia saat yang ditunggu-tunggukan ! Gambar Cindy di Hello Kitty Cafe dan juga di Coffee Prince Cafe. *Bergambar sahaja dihadapan Coffee Prince Cafe itu. Tidak masuk pun.
Ini dia ! Hello Kitty Cafe ! Boleh makan Hello Kitty dan boleh beli merchandise Hello Kitty dekat sini. *Abaikan garaj yang penuh dengan kotak itu. Ngee .. ^^Y
Disebabkan orang Korea ini suka makan waffle , maka , kafe ini pun menyediakan waffle dan kek. Tapi , semua bentuk Hello Kitty lah. Bagi Cindy , harga dia tidaklah mahal. Sama sahaja dengan harga-harga kafe lain di Seoul , Korea. Datanglah ke Seoul kalau mahu cuba. :D
Sebelum order makanan , kena pilih tempat dahulu. Nasib baik waktu kami datang tidak ramai orang. Biasanya , memang kena beratur. Over tahu !
Hah ! Ambik kau ! Berpinar biji mata mahu pilih tempat ! *Semuanya Pink !
Caramel Latte 4200won / RM12.60 & Cafe Latte 3800won / RM11.40 C-O-M-E-L-S!!
Bagi Cindy lah kan , waffle dia ok-ok sahaja. Tidaklah sedap sangat. Seperti waffle biasa sahaja.
Rasa nak masuk toilet ini berkali-kali ! Melissa dan Marissa terlampau teruja sangat sehingga setiap saat dan minit mereka ke tandas ini !
Gembiranya dapat minum ! Dahaga ! *Mana tidaknya , hujan !
Wah .. Wah .. Amboi .. Cik Melissa ... Sedapnya tidur sementara tunggu makanan ! *Tangkap gambar Melissa senyap-senyap. Shh .. Jangan beritahu dia !

Kamu semua tahu tidak yang Coffee Prince sebenarnya wujud di alam nyata ? Walaupun Cindy pernah tengok 1st episode sahaja. Tapi , tetap bersemangat mahu pergi ke kafe itu !
Itu dia. Ia terletak di Hongdae juga. Jikalau ke Hello Kitty Cafe kami sesat. Ke Coffee Prince Cafe lagilah sesat ! Sampai dah nak giveup berjalan sana sini mencari kafe itu !

Gambar di hadapan Coffee Prince Cafe. :) *Berharap sangat nanti 5 Disember dapat masuk sini. Yalah , 5 Disember kan The Wow mahu pergi ke Korea ? Of course lah datang sinikan ? Ngee .. ^.^Y
Salam bercuti ,
Cindy
No comments:
Post a Comment